- Melambangkan kesucian fikiran, kebenaran dan keharmonian.
Warna Merah
- Melambangkan kekuatan dan galakan.
Warna Hijau - Melambangkan kecergasan sekolah dalam semua bidang dan sentiasa berkembang.
Warna Kuning - Melambangkan keimanan dan kewajipan serta semua kualiti positif yang harus dipupuk oleh warga sekolah.
Obor - Melambangkan kekuatan dan keteguhan sekolah yang tidak akan pudar.Cahaya pendidikan yang cemerlang menyemarakkan semangat belajar di kalangan murid.
Bintang - Melambangkan cahaya yang sentiasa bersinar dan menjadi panduan kepada semua untuk mencapai kecemerlangan.
Bunga Raya - Melambangkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru kepada anak muridnya sentiasa berlimpah tanpa pilih kasih.
Doa - Keluarga sekolah ST. Agnes percaya bahawa segala-galanya bermula dengan doa. Ketika membuat perancangan, mencari idea yang baik dan dalam membuat keputusan yang bijaksana. Pihak sekolah juga percaya bahawa doa membawa perubahan dan kemajuan dalam konteks pendidikan di SRK ST. Agnes. Tanpa doa, segala-gala yang dilabur akan menjadi sia-sia kerana melalui doa, sekolah ST. Agnes memohon restu Tuhan.
Amal - Bagaiman pun setakat berdoa tanpa dipraktikkan bagaikan tin kosong yang berbunyi kuat. Oleh itu keluarga ST. Agnes menyeru guru-guru dan murid-murid mengamalkan nilai-nilai baik yang datangnya dari Tuhan yang mahakuasa dan penuh dengan kasih sayang. Semua perakuan diamalkan dengan berkesan.
Jaya Semua nilai murni diamalkan secara berterusan di sekolah ini, agar SRK ST. Agnes mencapai kejayaan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga dari segi ko-kurikulum, serta melahirkan insan yang berakhlak mulia yang akan menjadi cahaya kepada orang lain.
Verse 1 We look with Pride on every year, we trust in God and do not fear,
We think and do the best we can, And work in love with God and Man,
We make new friends and laugh and play, We are so happy every day,
We grow in health and goodness, And help our friends with kindness.
Chorus We the students of St. Agnes, We do work for great success,
We look to God’s Almighty hand, To bless us and this beautiful land.
Verse 2 We bless this town of Kinabalu, With faith in all that’s good and true,
We praise God for his rule of peace, For mountain land and great big seas,
We thank our teachers for their care, Their patience as they teach and share,
To know the joy of learning, With truth and understanding.
Chorus We the students of St. Agnes, We do work for great success,
We look to God’s Almighty hand, To bless us and this beautiful land.
Klik pada gambar dibawah untuk mendengar lagu sekolah
Murid murid dikehendaki : a) Berdiri dan mengucapkan selamat kepada guru yang masuk ke kelas. Sekiranya Guru Besar atau guru-guru yang lain datang melawat kelas, murid-murid berbuat demikian juga.
b) Membawa buku teks, buku latihan, buku kerja, kerja kursus, alat tulis yang sesuai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran.
c) Menyoal atau menjawab soalan secara bersopan santun dan menghormati guru.
d) Mematuhi Jadual bertugas dan pelan duduk di dalam kelas. Murid-murid tidak dibenarkan berpindah tempat duduk tanpa keizinan dari Guru Kelas.
e) Berdisiplin sama ada ketika guru berada di dalam kelas atau tidak.
f) Mendapatkan kebenaran Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang sekiranya ingin balik awal sebab sakit . Untuk sebab-sebab lain, ibu bapa atau penjaga dikehendaki datang ke sekolah menyatakan sebab-sebabnya.
g) Menghormati Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan murid-murid lain.
h) Menjaga kebersihan kelas.
i) Menjaga kemudahan di dalam kelas. Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda kelas kepada Guru Kelas dengan segera.
Murid-murid tidak dibenarkan : a) Membaca bahan bacaan yang tidak ada kaitan dengan pelajaran. Murid-murid mesti sentiasa bersedia mengikuti pelajaran dan latihan bertulis yang diberikan oleh guru mesti disiapkan dan dihantar pada masa yang ditetapkan.
b) Makan dan minum atau membawa makanan / minuman ke dalam bilik darjah kecuali bekal untuk waktu rehat. Makanan ringan seperti kuaci, gula-gula, 'chewing gum' adalah dilarang.
Bahaya utama ketika pelajar dalam perjalanan pergi ke & balik dari Sekolah ialah kemalangan lalulintas, kecederaan dan penculikan.
Dengan itu Pelajar diminta untuk mengamalkan langkah-langkah keselamatan berikut : a) Jika datang awal, jangan merayau di luar kawasan sekolah.
b) Sentiasa berwaspada, berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya terutamanya ketika melintas jalan.
c) Apabila hendak melintas jalan lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula. Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan.
d) Sentiasa melihat orang disekeliling anda dan jauhkan diri dari orang yang mencurigakan.
e) Elakkan diri daripada berlnterakrasi dengan orang yang tidak dikenali.
f) Jangan mengikuti/menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.
g) Laporkan kepada pihak sekolah/pengawal sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan berlaku.
h) Elakkan jalan beriringan tiga atau empat orang sehingga menghalang kenderaan lain.
i) Elakkan berebut-rebut ketika keluar dari kawasan sekolah.
j) Jangan bergurau atau bermain-main dengan rakan ketika berada di jalan raya.
k) Pulang ke rumah masing-masing selepas tamat sesi persekolahan.
Untuk pelajar yang berjalan kaki. a) Dalam perjalanan pergi dan balik, berjalan berdekatan dengan pelajar lain supaya mengelakkan kejadian culik.
b) Sentiasa berhati hati bila melintas jalan terutama dipersimpangan jalan.
Untuk pelajar yang berjalan atau berbasikal ke sekolah. a) Jangan berlumba-lumba ketika menunggang basikal.
b) Sentiasa berhati hati bila melintas jalan terutama dipersimpangan jalan.
c) Pastikan basikal anda dalam keadaan baik terutamanya brek dan tayar basikal.
Untuk pelajar yang mengunakan Bas a) Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat.
b) Jangan merayau-rayau ketika menunggu kenderaan masing-masing untuk mengelakkan daripada ditinggalkan bas/ van
c) Elakkan daripada berebut-rebut atau bertolak-tolak ketika menaiki kenderaan.
d) Tunggu sehingga bas berhenti ketika hendak naik atau turun bas/ van.
e) Catatkan nombor bas/ van yang dinaiki untuk mengelakkan tersilap bas/ van.
f) Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor bas/van, nombor plet atau pemandu.
Untuk pelajar yang menaiki kenderaan ibubapa/penjaga a) Beritahu lebih awal ibubapa dimana anda menunggu (Pintu A atau pintu B).
b) Beritahu Ibubapa jika mengikuti sebarang aktiviti lepas sekolah.
c) Sekiranya ada orang yang mengakui saudara (Pakcik, Makcik) ingin mengambil bagi pihak ibubapa anda, sila berjumpa dengan cikgu untuk menghubungi ibu bapa anda untuk kepastian.
Apa Erti Buli Mencedera atau Mempermainkan pelajar yang lemah dengan tujuan menakutkan pelajar berkenaan.
Buli secara mental (Perlahan) 1. Mengejek, memalukan dan mengolok
- nama pelajar atau nama bapa pelajar.
- saiz atau bentuk badan (kurus, gemuk, tinggi dan pendek)
- baju yang dipakai (baju lusuh, koyak)
- makanan yang dibawa ke sekolah (berbau, lembik, cair, dll)
- atau markah yang didapati.
- pelajar yang bersedih, menangis.
2. Membawa rakan supaya memulaukan pelajar.
3. Mengugut dan menakut-nakutkan pelajar.
Buli secara fizikal (Kasar) 1. Memukul, menampar, menendang, mencubit, menolak hingga terjatuh, mencucuk dengan alat tulis, menarik rambut, Membaling dengan makanan, batu, alat tulis.
2. Membuang alat tulis, kasut, makanan dan barang lain pelajar yang dibuli.
3. Menarik baju,kain,seluar, tudung
4. Memaksa pelajar yang dibuli untuk
- memakan makanan yang tidak diingini,
- Memberikan wang anda alat tulis.
- berjalan ke kedai atau gerai untuk membeli makan untuk pembuli.
Apa yang perlu ANDA dibuat. i) Jangan melawan dan terus berjumpa dengan Cikgu.
ii) Beritahu Ibu Bapa dan Guru Kelas dengan segera sebelum kejadian yang lebih teruk terjadi.
Apa yang RAKAN KELAS perlu buat. i) Hentikan perbuatan Buli dan laporkan pada pengawas dan guru kelas.
ii) Jauhi pelajar yang mempunyai tabiat buruk seperti suka memarahi pelajar lain .
Jangan ikut serta membuli kerana anda juga akan turut dimarah oleh guru jika laporan dibuat.
Tambahan i) Buli juga ada kalanya dibuat secara berkumpulan .
ii) Pelajar perempuan juga ada yang menjadi pembuli pada pelajar lelaki.Terutama Buli secara mental
INGAT! Jika tidak dihentikan, Buli boleh membawa kepada 1. kecederaan yang teruk atau kematian.
2. Tekanan perasaan dan kemerosotan pelajaran.
• Mengawal disiplin pelajar (Bising, bergaduh, buli pelajar lain)
• Mementingkan imej diri dan menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar lain.
• Menjaga imej dan nama baik sekolah.
• Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
• Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
• Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
• Memimpin rakan-rakan pelajar.
• Mencegah kes jenayah di sekolah.
• Menghormati guru.
• Adil/Tidak berat sebelah dan memihak pada rakan dalam membuat keputusan.
• Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
• Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
• Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, dan disiplin.
• Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
• Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
• Mempengaruhi para pelajar untuk mematuhi arahan dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
• Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
• Sentiasa mematuhi masa dan datang awal.
• Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin atau memasuki kelas.